Seringkali masalah ini terjadi dalam sistem APDM semasa anda ingin mengisi data.

Selalunya masalah yang dialami oleh guru-guru semasa melayari laman web APDM ini adalah maklumat murid sering memaparkan mesej "kelas belum ditetapkan" dan data murid kosong.
Tak perlu risau.
Artikel ini dapat membantu anda cara untuk menyelesaikan masalah di atas dengan ringkas.
Ini cara-cara untuk memperbaiki masalah ini:
1. Masuk ke Portal Rasmi APDM (Tekan di sini).
2. Login menggunakan kod sekolah. Sebagai contoh: ID Pengguna = ABC123.
3. Klik "Pendaftaran Kelas. Cari nama kelas atau guru yang berkaitan.
4. Klik "Kemaskini".
5. Klik "Kemaskini Maklumat Kelas".
Sekiranya mempunyai masalah yang sama walaupun telah melakukan semua arahan di atas, sila email masalah anda kepada apdm.team@moe.gov.my.
Sila tekan link biru di bawah bagi cara-cara untuk mendaftar guru kelas baharu di sistem APDM:
(Cara Daftar Guru Kelas Baru APDM)
Sila share portal rasmi ini kepada guru-guru lain dan bookmark (simpan) portal ini supaya tugasan mengisi maklumat dan data murid ini memudahkan anda.
Terima kasih kami ucapkan kepada para guru di Malaysia yang sentiasa berusaha bagi menaikkan martabat sistem pendidikan negara kita.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.