APDM merupakan singkatan bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid di mana guru-guru ditugaskan bagi mengakses aplikasi ini untuk memasukkan e kehadiran dan semua maklumat serta informasi kepunyaan murid-murid.
Aplikasi ini penting dalam menguruskan data murid-murid di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD mahupun Jabatan Pendidikan Negeri JPN.
Kepada semua guru, kini masalah berkaitan dengan isu keselamatan dalam sistem aplikasi pangkalan data murid , "I’m not a robot" (Isu Saya Bukan Robot) sudah diselesaikan dengan cara yang lebih mudah.
Hanya klik sekali pada kotak disediakan. Para guru tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengikuti ujian penapisan seperti sebelum ini.
Buat pengetahuan semua, isu “I’m not a robot” ini fungsinya adalah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan supaya tiada penceroboh oeh pihak yang tidak bertanggungjawab berlaku.
Klik di sini untuk mengetahui cara log in yang betul ke dalam sistem APDM.
Kami berharap info-info yang kami sediakan ini berguna dan bermanfaat untuk anda. Terima kasih.